Bismillahirrahmanirrahm ,
Ehem.
Minat pada lelaki ?
Tipu lah tak ada langsung.
Saya pun ada.
Walau selama ni dia seperti tidak memandang sesiapa pun.
Ada... Cuma dia diam ,
menyerahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui.
Kerana dia ingin menjaga hatinya dan hati orang yang diminati.
Jaga hati dari berbuat maksiat.
Jaga hati agar tidak jauh dari Allah.
Jaga hati agar bertaut pada Allah.
Jaga hati dari nafsu durjana.
Jaga hati agar kesucian cinta terpelihara dan pada yang HAK.
Dia tidak tahu apakah lelaki itu jodoh dia.
Dia tidak tahu apakah lelaki itu bakal suaminya.
Dia tidak tahu apakah lelaki itu lebih baik untuk dia atau tidak.
Kerana itu,
Dia memadamkan segala jejak untuk berhubung dengan lelaki itu..
Kerana dia tahu ,
Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan anak adam,
Syaitan yang selalu menyucuk jarum agar dia memilih jalan indah yang sebenarnya maksiat,
Syaitan sentiasa berusaha menjadikan nafsu itu nampak seperti cinta sejati.
Kerana..
Dia wanita yang punya cinta.
Dia takkan biarkan nafsu mencemarinya.
Inilah wanita yang berjaya mengawal nafsunya
La Tahzan Innallaha Ma'ana.
Sekian dari saya , Assalamualaikum :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan